• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Corporate
  • Client Charter
  • MAIPK News

127 BELIA ASNAF TIMBA ILMU DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA – TAJAAN PENUH RM1.4 JUTA OLEH MAIPk

Ipoh, 2 Julai 2025 –Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) terus komited dalam usaha memperkasa golongan asnaf menerusi bidang kemahiran yang menjurus kepada peluang pekerjaan dalam industri.

Seramai 127 orang belia asnaf telah memulakan langkah pertama dalam mengikuti kursus kemahiran dalam bidang pembinaan melibatkan lima kursus utama iaitu: Pengendalian Mobile Crane, Pengendalian Tower Crane, Scaffolding, Steel Structure dan Kemahiran Tenaga Solar.
Kesemua peserta menerima tajaan penuh berjumlah RM1.4 juta daripada MAIPk.

Majlis pelepasan peserta telah berlangsung di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan, dan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman bin Md Salleh. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan ilmu kemahiran sebagai nilai tambah kepada individu dalam membina kerjaya yang cemerlang. Beliau turut menyeru para peserta agar tidak mensia-siakan peluang ini dan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk mengubah masa depan keluarga.

Tambah beliau, program ini merupakan salah satu inisiatif MAIPk ke arah melahirkan asnaf yang berdikari dan berdaya saing dalam pasaran kerja.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Binaan Malaysia, Mohd Nazri bin Hj Zakaria, Ketua Pegawai Operasi MAIPk, Wan Maizura binti Hj Wan Zahari, dan Ketua Pegawai Pengurusan MAIPk, Bakri bin Lee.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada perubahan hidup belia asnaf dan membuka jalan keluar daripada belenggu kemiskinan melalui bidang kemahiran.





MAKLUM BALAS ISU TULAR BANTUAN KEPADA ENCIK JEFREE BIN REGAN

MAIPk sentiasa komited menyalurkan bantuan secara berterusan dan bersasar kepada golongan yang layak, termasuk Encik Jefree bin Regan, salah seorang daripada 13,000 penerima bantuan kewangan tetap bulanan MAIPk sejak 2016.

 
Beliau turut menerima bantuan kecemasan dan bantuan khas sempena Aidilfitri dan Aidiladha 2025.

Kami menyeru masyarakat agar mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi dan tidak menyebarkan berita yang belum disahkan demi menjaga maruah semua pihak.


𝗞𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗥𝗜𝗛𝗔𝗧𝗜𝗡, 𝗔𝗦𝗡𝗔𝗙 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗘𝗟𝗔

Ahad, 29 Jun 2025, Zakat Perak Al Ridzuan dijemput menghadiri Majlis Penyampaian Zakat Perniagaan bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Peladang Kawasan Bagan Datuk Berhad.

Zakat Perniagaan Koperasi berjumlah RM 782,138.29 tersebut diterima En. Mohamad Razif bin Razali, Eksekutif Zon Barat ZAPAR dan bacaan doa telah disampaikan oleh En. Muhammad Azwan bin Ahmad Yazid.

Semoga dengan tertunainya zakat perniagaan Koperasi Peladang Kawasan Bagan Datuk ini akan menghadirkan rezeki seluas lautan agar manfaat harta kekayaan dapat di kongsikan bersama demi menjaga hak-hak asnaf di Negeri Perak.

Jom bayar zakat secara online :
 

MAIPk MULAKAN PROJEK RINTIS MESIN DOBI LAYAN DIRI DI MASJID BERHAMPIRAN HOSPITAL

Ipoh - 02.07.2025 ( Rabu )

Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) pada hari ini telah memulakan gerak kerja awalan bagi melaksanakan projek Mesin Dobi Layan Diri di kawasan masjid yang berhampiran dengan kawasan hospital.

Projek Wakaf Mesin Dobi Layan Diri di masjid merupakan suatu inisiatif wakaf yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat awam khususnya kepada pengguna rumah inap, ahli keluarga pesakit dan pelawat hospital.

Masjid Muhibbudin Shah, Ipoh ( Masjid Hospital ) telah dikenalpasti sebagai lokasi bagi projek rintis tersebut yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Mesyuarat & sesi pengenalpastian lokasi sesuai telah diadakan pada pagi ini di masjid berkenaan bagi memperincikan keluasan tapak, konsep dan kaedah pengurusan projek berkenaan.

Semoga segala urusan dan perancangan projek ini dipermudahkan serta terlaksana dengan jayanya.

Moh berwakaf dengan MAIPk. Ayuh gandakan saham jariah anda.

Imbas kod QR untuk menyumbang atau layari www.wakafperak.maipk.gov.my





Pembayaran Zakat dan Wakaf Tunai Kini Di Bangunan Baharu

Sekarang nak bayar ZAKAT & WAKAF TUNAI dah makin mudah dan selesa

📍 Kami dah berpindah ke lokasi baharu:
Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR)
No. 11, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh
(Berdekatan Bulatan Bahagia, Medan Kidd)

Semua jenis zakat boleh bayar di sini:
✅ Zakat Pendapatan
✅ Zakat Simpanan
✅ Zakat Perniagaan
✅ Zakat Emas & Perak
✅ Zakat KWSP
✅ Zakat Pelaburan

🚗 Lokasi strategik & parking mudah!
📲 Ada pertanyaan? Klik sini terus WhatsApp kami:
Nak bayar secara online pon boleh klik link dibawah
🗺 Nak ke sana? Tekan je link ni:
Jom sama-sama sempurnakan tanggungjawab.
Bayar zakat dengan tenang, berwakaf dengan yakin. Insya-Allah, berkat hidup kita.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.